Jom undi Faiz Subri! Jaringan gol dari sepakan percuma knuckleball pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri catus fenomena. Ianya tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.

Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia. Antaranya seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

jom-undi-faiz-subri-untuk-gol-terbaik-dunia-anugerah-puskas-2016

Faiz Subri cabar pemain kelas dunia…

Beliau turut dicabar Mario Gaspar (Sepanyol), Hlompho Kekana (Afrika Selatan) dan Marlone (Brazil). Calon lain juga adalah Saul Nigue (Sepanyol), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela) dan Simon Skrabb (Finlad).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memaklumkan telah menghantar surat untuk cadangan kepada Fifa.

MENARIK!GOL FREEKICK FAIZ SUBRI CALON FIFA PUSKAS AWARD 2016?

LAGI MENARIK!VIDEO PERBANDINGAN FREEKICK FAIZ SUBRI VS ROBERTO CARLOS

Ia agar gol unik pemain itu menerusi sepakan bebas dari jarak 32 meter pada minit ke-62 perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang disenaraikan sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas 2016.

Jom undi Faiz Subri…

Pada 17 Mac lalu, FAM memaklumkan bahawa mereka menerima surat maklum balas daripada Fifa berhubung cadangan gol Mohd Faiz dicalonkan bagi anugerah tersebut.

Fenomena sepakan ajaib Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Malahan ada yang mendakwa sepakan lencong Faiz Subri itu lebih hebat berbanding pemain lagenda, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Anda boleh mengundi jaringan gol Faiz Subri menerusi link yang ammboi sediakan disini: JOM UNDI JARINGAN GOL FAIZ SUBRI


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.