Juara dunia Sepanyol tumbang kepada Belanda yang mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menang 5-1. Kejayaan besar ini sebagai isyarat daripada Belanda bahawa mereka adalah pencabar utama selepas cemerlang dengan rekod kelayakan hampir sempurna dengan sembilan kemenangan dan seri sekali.

Sepanyol mengamalkan rentak penguasaan bola mereka dan akhirnya berada di depan pada minit ke-27 minit menerusi sumbangan Xabi Alonso selepas La Roja dihadiahkan sepakan penalti selepas Stefan De Vrij menjatuhkan Diego Costa. Seminit sebelum menuju ke bilik persalinan, Robin van Persie yang agak tenggelam melakukan tandukan terbang untuk gol penyamaan.

spain vs netherlands fifa world cup 2014

Costa yang merupakan kelahiran Brazil, mendapat sambutan buruk daripada penyokong dalam sebahagian besar perlawanan dan sama sekali gagal memberi impak selain daripada memenangi penalti untuk pasukannya.

Separuh masa kedua berubah wajah apabila menyaksikan anak buah Louis van Gaal mendominasi permainan. Usaha keras mereka berhasil apabila Arjen Robben meletakkan pasukannya di hadapan dan Belanda semakin rakus merobek pintu gol lawan yang dikawal Iker Casillas.

De Vrij mejadikan kedudukan 3-1 tetapi itu tidak menyekat kapten Belanda, van Persie untuk menghukum kesilapan Casillas. Sepanyol dimalukan dan kali ini gawang mereka dibolosi buat kali kelima apabila diperkotak-kotikkan Robben pada minit ke-80.

Walaupun berpeluang menambah gol lagi selepas itu, tetapi kedua-kedua mempersiakan peluang yang terhidang yang menyaksikan Fernando Torres yang masuk sebagai pemain gantian juga gagal menyudahkan peluang terbuka.

SENARAI PEMAIN:

SEPANYOL: Iker Casillas, Cesar Azpilicueta, Gerard Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba, Xavi Hernandez, Sergio Busquets, Xabi Alonso, David Silva, Diego Costa, Andres Iniesta

BELANDA: Jasper Cillessen, Bruno Martins Indi, Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind, Daryl Janmaat; Arjen Robben, Nigel De Jong, Jonathan De Guzman, Wesley Sneijder, Robin Van

PENGADIL: Nicola Rizzoli (ITA)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.