Julia Perez Hantar Email, Mohon Maaf Kepada Malaysia | Sudah tentu semua orang tahu mengenai ‘perang Twitter’ melibatkan pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez dengan Presiden Seniman, Zed Zaidi. Ini kerana Julia Perez telah mengkritik drama Malaysia menerusi akaun Twitternya. Selepas itu, perang berterusan sehinggalah Zed Zaidi mengesahkan Julia Perez berlakon di Malaysia secara tidak sah, atau tanpa permit.

jupe-sorry-malaysia

Namun menerusi laporan Malaysia Digest, Julia Perez juga telah mengirimkan email memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai status di twitternya yang telah menimbulkan kontroversi, baru-baru ini. Berikut butiran kiriman maaf Julia Perez menerusi email:

Kepada Nusantara Seni Karya Sdn Bhd,

Komen saya, bagi saya telah disalahertikan. Walaubagaimanapun saya meminta maaf kepada sesiapa sahaja sekiranya ia telah melukakan perasaan anda semua. Khususnya kepada rakan industri yang dihormati dan peminat kesayangan anda. Saya berterima kasih kepada industri hiburan Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada saya dan saya terima untuk melibatkan diri saya kerana kepercayaan saya dengan penuh hormat padanya.

Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa diterima dan disayangi oleh peminat di Indonesia. Peluang kerjasama rentas di antara kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang. Itu adalah keinginan saya secara peribadi.

Julia Perez.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.