Jururawat Rakam Imej Hantu Di Hospital | Susah untuk diyakini kebenarannya. Sehingga kini masih tiada sesiapa mengesahkan gambar berkenaan. Sebabnya gambar berkenaan nampak sedikit pelik dan kedudukan ‘imej’ yang dikatakan hantu itu seolah-olah tidak logik. Namun itu hakikatnya sebagaimana yang diceritakan oleh seorang jururawat sebuah hospital swasta.

Menurut laporan Kosmo Online, seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta 25 Oktober lalu. Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ. Pada mulanya, dua tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan dia terpaksa mengambil tiga keping gambar. Barulah imej berkenaan kelihatan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.