Jutawan malu tersilap dukung budak! Setiap daripada kita pastinya pernah mengalami detik memalukan atau melucukan. Begitu juga dengan jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone.

Michelle Mone berkongsi saat-saat memalukan apabila dia telah mendukung seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkakannya adalah seorang kanak-kanak.

JUTAWAN MALU TERSILAP DUKUNG BUDAK 4

Memetik sumber SiakapKeli, peristiwa tersebut terjadi ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam persidangan usahawan yang dihadiri oleh 3,000 orang di Vietnam.

Kemudian secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga dan menghadiahkan kepadanya.

Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung ‘kanak-kanak’ itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.

Mone yang digelar ‘Baroness Mone of Mayfair’ hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: “Letak lelaki itu. Saya isteri dia.”

“Ketika saya mendukung ‘kanak-kanak’ itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok,” kata Mone.

Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.

 

Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya: “Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya. Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.