Kehilangan pemain yang agak ramai sudah tentu amat memeritkan buat pengurusan pasukan Kelantan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menyatakan pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kejuaran pada musim Liga Malaysia 2014 namun mahu Kelantan menjadi pasukan yang tetap digeruni.

Selaras dgn keadaan dan kemampuan kita TAHUN 2014 TRW meletakkan sasaran sederhana saja..TUMPUAN KITA PADA PEMBANGUNAN BAKAT BARU DAN SEKADAR KEKALKAN DAYA KOMPETITIF PASUKAN..trw tidak mensasarkan sebarang PIALA 2014 dan selesa utk tampil sebagai UNDERDOG dlm setiap perlawanan.NAMUN USAHA UTK KEKAL CEMERLANG TERUS DI LIPATGANDAKAN SEDAYA MUNKIN..LINEUP 2014 MUNKIN DI UMUM LEBIH AWAL TANPA PERLU MENUNGGU 4,5 RUNDINGAN YG BELUM SELESAI..Insyaallah – Petikan Facebook Tan Sri Annuar Musa

Sudah tentu peminat pasukan Kelantan tidak sabar menantikan senarai pemain Kelantan untuk musim 2014. Ini kerana pengurusan Kelantan nampak begitu berahsia mengenai status kemasukan pemain baru kedalam pasukan Kelantan. Berita kehilangan beberapa pemain utama sudah tentu mendukacitakan peminat. Jadi sebagai pengubat luka, mereka tentu tidak sabar menantikan senarai berkenaan dikeluarkan. Khabarnya, Kelantan sudah berjaya mendapatkan pemain import berstatus bintang yang pernah beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

kelantan fa

Selain mengekalkan OBINA Nweiri dan usaha mendaftar BRANDAN GAN sebagai pemain tempatan TRW telah mengikat 3 lagi pemain import..seorang pemain kebangsaan Asia dan seorang pemain kebangsaan Afrika..sementara pemain ke 4 ialah pemain yg telah beraksi 68 kali utk negaranya,pernah beraksi bersama Kelab EPL dan pernah MENJARINGKAN GOL KETIKA NEGARANYA MENENTANG BRAZIL..insyaallah selasa ini mereka akan di perkenalkan kpd MEDIA SEMASA PENGUMUMAN LINE UP TRW14…GOMO KELATE GOMO!!… Petikan Facebook Tan Sri Annuar Musa

Berikut adalah senarai tidak rasmi pasukan Kelantan 2014 yang ammboi petik dari sumber Facebook (Susunan dibuat secara ralat dan bukan berdasarkan nombor jersi mereka):

  1. Shahrizan Ismail (GK)
  2. Nik Shahrul
  3. Obinna Nwaneri
  4. Farisham Ismail
  5. Zairul Fitree
  6. Tuan Mohd Faim
  7. Khairul Izuan
  8. Syazwan Yusoff (GK)
  9. Khairul Fahmi (GK)
  10. Badhri Radzi
  11. Fakri Saarani
  12. Wan Zaharulnizam
  13. Shakir Ali
  14. Brendan Gan
  15. Aziz Ismail
  16. Faizol Nazlin
  17. Faiz Suhaimi

Jadi, harap bersabar. Sama-sama nantikan Sidang Media Pengumuman Barisan Pemain Kelantan (TRW14) pada Selasa ini, 26 November 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.