Kafa Cabar Bunyamin Serah Kes Kepada FAM Bukannya Media | Pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudahpun menghantar bukti dan laporan mengenai kekasaran yang telah dilakukan oleh beberapa pemain Selangor terhadap penyerang importnya, Mohammad Ghaddar dan berharap FAM akan menyiasat kes berkenaan dengan seadilnya berdasarkan bukti yang dikemukakan.

Namun kes ini nampaknya lebih menarik apabila salah seorang daripada mereka yang mengasari Ghaddar, Bunyamin Omar telah tampil menceritakan apa yang berlaku (pada sudut pandangannya) melalui media. Muak dengan ‘serangan’ ke atas Mohammed Ghaddar, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta pemain berkenaan, Bunyamin tampil dengan bukti kukuh mengenai dakwaan provokasi penyerang The Red Warriors ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV , 29 Jun 2012 lalu.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim semalam berkata, jika benar sebagai didakwanya, pemain Bunyamin perlu mengemukakan bukti kukuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau tidak mahu kes ini diadili media kerana pihaknya mahu menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyiasat kes ini sehingga keputusan dikeluarkan.

p/s : jadi bagaimana? jika Ghaddar dibelasah ada semua orang nampak, kalau betul Ghaddar juga belasah Bunyamin tak akan tak ada seorang pun nampak. rakaman tv tu pun bukan Kelantan yang buat. jadi dah memang betul tak nampak, tak ada la kan? ke Ghaddar memang pandai main silap mata? hehe.. atau bagaimana…..?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.