Kajian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bergantung Pada Perakuan Suruhanjaya Khas – KSN | Ini pula isu kenaikan gaji penjawat awam pada 2013 nanti. Jangan salah faham pada siaran artikel sebelum ini kerana kenaikan gaji ini adalah hanya pada mereka yang sudah melanggar dinding gaji sahaja. Jadi ammboi minta maaf diatas kesilapan berkenaan.

Menurut laporan BH Online, kajian terhadap kenaikan gaji penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum akan hanya dijalankan sekiranya Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam selesai Disember ini, tetapi tidak membuat sebarang cadangan mengenainya. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, Suruhanjaya Khas itu sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan hasilnya akan dibentang Disember ini.

Beliau baru-baru ini mengumumkan kajian itu tertumpu kepada penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum, daripada dua hingga lima peratus dan akan diberi kepada mereka yang memperoleh markah penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 80 peratus. Beliau berkata, kajian itu juga untuk mengetahui jumlah kakitangan awam yang terbabit serta implikasi kewangan kepada kerajaan selain memberi keadilan kepada mereka yang tidak diberi anjakan gaji atau kenaikan pangkat selepas mencapai gaji maksimum. Katanya, antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian berkenaan ialah golongan terbabit diberi kenaikan pangkat atau kenaikan gaji biasa.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.