‘Kalau Sayang Kenapa Masih Aibkan Saya?’ – Aidil Zafuan | Nampaknya Aidil seperti nekad untuk bercerai dengan isterinya, Rita Rudaini. Bagaimanapun sebelum itu mahkamah memerintahkan agar jawatankuasa pendamai ditubuhkan. Ini kerana Rita membantah permohonan cerai Aidil dengan alasan masih menyanyangi suaminya itu. Bagaimanapun ikuti luahan Aidil yang menyifatkan kata-kata Rita itu hanya sandiwara semata.

“Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya? Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik. Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak”, kata Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam laporan Malaysia Digest yang jelas dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas hasrat mahu bercerai dengan Rita Rudaini ditangguhkan.

Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.

aidil nekad cerai rita

“Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai. Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil”, katanya.

Dalam masa yang sama Aidil menegaskan keputusan dia mahu bercerai tiada kena mengena dengan orang ketiga mahupun wanita yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, iaitu Zarema.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.