Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan anak kepada pengasas Tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim. Boleh dikatakan semua orang termasuk keluarga dan rakan-rakan pelakon tersebut gembira dengan pernikahan itu. Namun ada seorang rakan baiknya yang juga pelakon dikatakan berkecil hati dengan beliau?

Memetik laporan gua.com.my, pelakon Kamal Adli mengakui berasa kecil hati dengan rakan karibnya, Fizo Omar. Menurut Kamal Adli, ia kerana pelakon itu merahsiakan mengenai percintaannya dengan isteri, Mawar sebelum ini. Namun Kamal Adli memberitahu dia hanya kecil hati ‘manja-manja’ saja dengan pengacara ‘Nasi Lemak Kopi O’ itu.

kamal adli dan fizo omar

“Sebagai rakan karib dalam industri yang pernah tinggal serumah dan berkongsi segala masalah bersama, saya agak terkejut apabila dia mahu berkahwin. Saya kecil hati kerana dia tak bawa jumpa atau memperkenalkan Mawar kepada saya. Apapun, saya gembira untuk dia dan tahniah buat Fizo. Saya harap Mawar boleh jaga Fizo dengan baik, begitu juga dengan Fizo. Bila teringat zaman kami pinjam duit sama-sama dulu, saya rasa bangga dengan dia kerana dia sudah berada sampai tahap ini.”

Kamal Adli turut memberitahu rasa tercabar apabila rakannya itu yang menamatkan zaman bujang terlebih dahulu sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia bukan menjadi alasan untuk dia dan kekasih, Intan Ladyana mempercepatkan perkahwinan mereka.

“Rasa tercabar juga bila Fizo dah kahwin tapi Alhamdullillah, dah jodoh dia. Tak apalah, InsyaAllah, ini kira panggilan untuk saya jugalah. Memang saya tak tunggu lama tapi yang pasti bukan tahun ini. Umur saya pun baru 27 tahun jadi saya tak tergesa untuk berkahwin. Intan pun faham mengenai perkara ini dan bagi saya dua tahun lagi. Jika dua tahun lagi saya tak kahwin, memang saya ‘loser’ lah,” kata Kamal Adli dalam laporan itu.

p/s: Bercinta lama-lama buat apa, nikah cepat-cepat dan Insya Allah bahagia…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.