Kami Masih Ada Agama – Azlyn Massiela (Tunang Fizz Fairuz) | Kontroversi Fizz Fairuz dan tunangnya, Azlyn Massiela nampaknya masih belum reda. Fizz Fairuz menuduh tunangnya menipu dan tunangnya itu pula kata Fizz Fairuz pula yang menipu. Peminat pun boleh jadi pening. Tambahan pula dengan penjelasan dari suami kepada Azlyn sebelum ini.

Rentetan dari dakwaan Fizz Fairuz yang dikatakan menerima mesej dari kawan kepada adik Azlyn yang berkata Azlyn sudah bernikah dengan lelaki yang menggelar dirinya Ramli. Ramli dan Azlyn sudah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama Ramli. Kemudian, Ramli mendakwa Azlyn telah hilang ingatan dan lupa dirinya dah berkahwin lalu bercinta dan bertunang dengan Fizz Fairuz.

fizz fairuz bertunang dengan azlyn malleisa

Bagaimanapun Azlyn semalam tampil menjelaskan menerusi sebuah akhbar tempatan bahawa dia tidak pernah berkahwin.

“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”

Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.

“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”

Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.