Kami Mungkin Disatukan Selepas Aidilfitri Nanti – Zain Saidin | Kecoh juga minggu lepas apabila Zain Saidin  memuat naik sekeping gambarnya bersama kekasihnya, yang mengundang komen negatif peminat terhadap Rozita Che Wan apabila dia mengenakan skirt pendek dalam gambar itu. Oleh itu, Zain memutuskan untuk menutup akaun Instagram miliknya gara-gara tertekan dengan sikap sesetengah pihak yang suka memberi komen negatif.

Jelas Zain dalam laporan BH Online, dia tidak tahan dengan sikap peminat yang gemar menghamburkan kata-kata berbentuk cercaan terhadap kekasih hatinya, Zain berasakan tindakannya itu keputusan terbaik, daripada membalas komen mereka.

zain saidin dan rozita che wan

“Ada yang menyarankan kepada saya supaya sekat saja peminat berkenaan daripada memberikan sebarang komen. Daripada saya sekat seorang demi seorang, lebih baik saya tutup saja akaun ini.  Tujuan saya adalah untuk berkongsi gambar dengan peminat, tetapi tidak menyangka pula mengundang ketidakpuasan hati mereka. Ada yang memberi komen berbentuk nasihat agama, itu saya tak kisah, tetapi komen yang diberikan agak keterlaluan,” katanya.

Sementara itu, walaupun belum mempunyai sebarang tarikh sah untuk bernikah, Zain membayangkan mereka berdua mungkin disatukan sebagai suami-isteri selepas Aidilfitri nanti.

“Setakat ini belum ada sebarang pertemuan atau perbincangan antara kedua-dua pihak. Tetapi, emak saya sendiri tiada masalah dengannya dan menerima Rozita seadanya. Daripada membiarkan semakin banyak fitnah serta VVIP yang dikaitkan dengannya, termasuk Datuk, Tan Sri dan sebagainya, lebih baik dilangsungkan tahun ini juga. Kami belum berbincang mengenai majlis ini, namun kalau ikutkan, dia memang tak mahu bertunang dan bersanding,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.