Banyak juga kes kematian melibatkan kanak-kanak minggu ini. Semalam, seorang bayi 4 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ibunya ambil dari taska. Kemudian ada laporan kanak-kanak 3 tahun maut ditinggal dalam kereta. Pagi ini pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perindustrian Lembah Jaya, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi, apabila ibu mangsa dikatakan tiada di rumah kerana menghantar seorang anaknya ke sebuah sekolah berhampiran. Namun, apabila wanita berusia lingkungan 30-an terbabit pulang ke rumah, dia terkejut sebaik melihat anak lelakinya itu sudah terjatuh menghempap bumbung sebuah kereta yang diletakkan bawah flat berkenaan.

budak jatuh flat

Sumber berkata, kanak-kanak terbabit kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, kerana kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya tingkat 10. Ketika kejadian, jeriji pintu di bahagian balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka. Mangsa dipercayai keluar ke balkoni sebelum terjatuh. Jiran mangsa menyedari kejadian itu kemudian memaklumkan ibu mangsa yang pulang ke rumah. Menurutnya, mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan masih tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya sudah merakam keterangan ibu mangsa dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Gambar sekadar hiasan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.