Syukur kerana kanak-kanak berusia 20 bulan yang diculik dari Bangsar semalam, telah ditemui di Taman Tasik Titiwangsa, 1.20 tengah hari ini. Berita berkenaan disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.

kanak-kanak warga britain mangsa culik di bangsar

Kanak-kanak itu yang bernama Freddie Joseph, dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak bermaya oleh orang ramai sebelum dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk ditemukan dengan ibunnya, Sarah Joseph, 39.

Laporan akhbar sebelum ini….

Seorang bayi lelaki warga Britain diculik dari halaman rumahnya oleh dua individu tidak dikenali di Jalan Terasek, Bangsar, petang semalam. Dalam kejadian jam 6.10 petang itu, ibu mangsa cedera ringan selepas terjatuh di jalan raya apabila ditolak ketika cuba menghalang dua suspek terbabit. Insiden itu berlaku apabila ibu mangsa masuk ke dalam rumah buat seketika dan meninggalkan bayi itu keseorangan. Sebaik keluar semula, ibu itu melihat seorang lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang dilaporkan memakai tudung penutup muka, mendukung dan melarikan anaknya. Dia cuba mengambil kembali anaknya tetapi suspek lelaki bertindak melibas pisau ke arah ibu mangsa, sebelum suspek wanita membawa bayi itu masuk ke dalam kereta yang diletakkan di depan rumah. Ibu mangsa kemudian bertindak mengejar suspek bagi mendapatkan semula anaknya, tetapi suspek dilaporkan menolaknya sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut kereta Toyota Camry berwarna putih.  Katanya, siasatan awal polis mendapati ibu mangsa dipercayai mengenali suspek dan kes itu dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah keluarga. – Petikan laporan BH Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.