Kanak-Kanak Mangsa Dera Bapa Tiri Di Klang Dilaporkan Stabil | Ramai yang mahu tahu status keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera bapa tirinya dalam kejadian yang berlaku di Meru, Klang. Kanak-kanak berusia 3 tahun berkenaan menjadi mangsa tumbukan dan tendangan bapa tirinya selain dipukul dengan pelbagai objek di tubuh mangsa.

Menurut laporan BH Online, kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Pegawai Perhubungan Awam HTAR, N. M. Akmar Irdawaty berkata, mangsa ditempatkan di bilik berasingan di Wad Pediatrik untuk penilaian dan pemerhatian kesihatan. Bagaimanapun orang awam tidak dibenarkan melawat kanak-kanak itu buat masa ini.

Kes penderaan kanak-kanak lelaki malang itu dipercayai berlaku dua bulan lepas dan klip video kejadian tersebar selepas seorang individu memuat naik ke laman Facebook sejak semalam. Susulan itu, polis menahan bapa tiri dan ibu tiri mangsa yang masing-masing berusia 32 dan 20 tahun, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md Isa dilaporkan berkata, bapa tiri itu ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, dekat sini, selepas menerima laporan daripada seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu. Ibu tirinya pula ditahan kira-kira 10 malam tadi di rumahnya di Taman Meru Indah dan dibebaskan setelah kenyataannya direkod.

KLIK SINI —> VIDEO MEKANIK KEJAM DERA ANAK TIRI


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.