Hari ini bermulanya Karnival Walk With Me 2012. Sebagaimana dijadualkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan berjalan sejauh tujuh kilometer bersama kira-kira 30,000 rakyat dalam acara Walkaton D’Raja Kelantan pada hari ini jam 3.00 petang.

Baginda sebelum itu akan merasmikan Karnival Walk With Me 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohammad VI.  Selain jualan buku dengan diskaun istimewa, Karnival Walk With Me dari 3 hingga 5 Mei ini menyediakan pelbagai acara menarik termasuk Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus, Wacana D’Raja, Pertunjukan Drift Kereta, Auto Show dan tatu Angkatan Tentera Malaysia.

Berikut merupakan Jadual Aturcara Karnival Walk With Me 2012 :

3 Mei 2012

  • Walkaton D’Raja Kelantan (3 petang)
  • Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus (9 malam)

4 Mei 2012

  • Auto Show Competition II (10 pagi)
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (3 petang)
  • Wacana D’Raja Sinar: Bersatu Demi Islam

5 Mei 2012

  • Pertandingan Gubahan Hamper: Buah-buhan & Produk Agro Mas (10 pagi)
  • Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (5 petang)
  • Pertunjukan Drift (5 petang)
  • Persembahan Kesatria Wira Merah (9 malam)

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.