Ini pula berkenaan nasib malang yang menimpa pelakon dan dramatis popular Kartina Aziz,57 yang mengalami kerugian hampir RM10,000 termasuk RM4,000 wang tunai selepas kereta Toyota Camry miliknya yang diletakkan di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman dipecahkan pencuri, petang Isnin lalu. Siapalah pencuri mangkuk hayun tu yang bangang sampai ke tahap gaban menjadikan kawasan masjid sebagai ‘kawasan panas’ mereka.

Beliau yang dikatakan datang atas urusan penggambaran filem dan singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur pada jam 1.30 tengah hari kemudian bergegas masuk ke dalam masjid dengan meninggalkan beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM4,000, pelbagai perhiasan, komputer tablet, cermin mata berjenama dan dokumen peribadi di kerusi pemandu. Menurut sumber, selepas menunaikan solat, mangsa terkejut apabila mendapati pintu keretanya bahagian pemandu terkopak akibat diumpil, manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.

p/s : tak apa, sudah bukan rezeki kot.. yang penting semuanya selamat…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.