Mungkin ia agak mengejutkan kepada mereka yang ‘minat gila’ tetapi bukan gila atau obses kepada barangan Apple. Rupa-rupanya ada juga cawangan kedai jualan Apple yang tiruan. Ia seolah-olah menyamar sebagai salah satu agen rasmi syarikat Steve Jobs itu sedangkan logo dan kualiti kedainya tidak sama standard dengan lain-lain kedai yang menjual produk Apple secara rasmi.

Penduduk China yang obses dengan telefon bimbit iPhone dan iPad telah menyebabkan berlakunya pengklonan meluas gajet itu sehingga sebuah kedai palsu Apple wujud di Kunming. Pekerja-pekerja di kedai itu juga menganggap mereka sebenarnya bekerja dengan pemilik syarikat Apple dari Amerika Syarikat (AS) yang sebenar, Steve Jobs. Alahai, ada jugak macam ni kan. Habis, macam mana pulak dengan produk yang dijualnya? Adakah ori atau palsu juga?

Sumber : Kosmo!Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.