Siapa tidak sedih apabila mengalami keguguran. Itulah yang dilalui oleh pelakon Dira Abu Zahar. Paling mengecewakan untuk Dira mungkin kerana dia sendiri tidak sedar sudah hamil dan dia masih meneruskan aktiviti lakonan atau aktivitinya seperti biasa.

Menerusi laporan Kosmo!, Dira mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu. Jelas Dira, keguguran itu akibat kesibukan menjalani penggambaran dan tidak menyedari yang dirinya hamil. Menurut Dira, dia sendiri tidak menyangka yang ketika itu dia hamil enam minggu dan perkara tersebut diketahuinya apabila menjalani pemeriksaan di klinik.

dira abu zahar

“Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku. Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya. Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini.”

Untuk makluman anda, Dira yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusuf sejak dua tahun lalu, pastinya mendapatkan cahaya mata merupakan perkara yang didambakan oleh pelakon Dira Abu Zahar. Dira sudah mempunyai seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia enam tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan penyanyi Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid.

p/s: Tak apalah Dira, boleh cuba lagi. Jangan lupa malam ni malam apa…? hihi

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.