Kehadiran Cahaya Malaika Memeriahkan Syawal Mawi dan Ekin | Kehadiran anak sulung pasangan selebriti Mawi dan Ekin iaitu Cahaya Malaika, yang berusia 5 bulan, memberikan kelainan pada sambutan Aidilfitri selebriti itu pada tahun ini. Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 31, berkata, kehadiran Cahaya seperti penyeri kepada kehidupannya bersama Ekin lebih-lebih lagi anaknya itu mendapat perhatian lebih daripada seluruh keluarga mereka di Johor.

“Sekarang ini, saudara-mara dah tak tanya tentang kami saya dan Ekin lagi tetapi mereka lebih berminat untuk bertanya mengenai Cahaya. Mereka sebenarnya tidak sabar menunggu kepulangan kami ke kampung semata-mata hendak bertemu dengan anak kami. Ternyata Aidilfitri pada kali ini sangat berbeza. Entahlah, sukar untuk saya gambarkan perasaan seronok itu,” katanya yang beraya di kampung halamannya di Kulai sebelum ke rumah mertuanya di Johor Bahru.

Sementara itu, Ekin atau Nora’Asikin Rahmat berkata, sebagai ibu, Cahaya kini menjadi keutamaannya berbanding dengan diri sendiri dan dia antara yang paling gembira kerana telah membawa seorang lagi ahli baru bagi menyambut lebaran kali ini bersama keluarga yang lain.

“Seronok rupanya apabila ada anak. Apabila bertemu saudara mara di kampung, macam-macam nasihat mengenai penjagaan bayi saya terima. Malah mereka juga seronok melayan Cahaya. Dia ibarat penyeri dalam keluarga kami, syukur. Lebih seronok lagi apabila tahun ini giliran saya pula mengutip duit raya untuk anak,” katanya yang teruja dengan kehadiran cahaya mata sulungnya itu namun dia dan Mawi tetap berpegang pada pendirian untuk menyambutnya secara sederhana.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.