Keita Mandjou Serta Kelantan! | Itulah yang menjadi tajuk bualan hangat para peminat The Red Warriors (TRW) setelah menerima khabar gembira dari Tan Sri Annuar Musa menerusi laman facebooknya. Keita Mandjou merupakan tonggak pasukan Perak tidak lama dahulu dan beliau telah menjadi rebutan Kelantan dan juga Perak.

Kehadiran Keita Mandjou adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nwoha Onyekcahi yang telah tamat kontrak. Beliau akan bermain untuk aksi Piala AFC dan peminat TRW mungkin boleh menonton aksi pertamanya nanti semasa perlawanan persahabatan Kelantan vs ATM 8 Jun 2012. Keita Mandjou dijangka tiba di Kelantan pada minggu hadapan.

Keita Mandjou yang kini sedang beraksi bersama kelab Pune FC di India mampu beraksi sebagai penyerang dan juga pemain tengah. Rekod cemerlang beliau sepanjang beraksi dalam liga di India dan sepanjang beraksi bersama pasukan Perak pastinya amat ditagih Kelantan yang memerlukan aksi lebih hebat dari rangkaian serangan. Ada yang mengatakan gaji beliau mungkin antara RM50,000 sebulan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.