Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun. Mangsa yang dianggarkan berusia dua hingga empat tahun ditemui di dalam bilik air oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pengawal keselamatan terbabit yang curiga melihat pintu utama rumah berkenaan terbuka membuat pemeriksaan sebelum terhidu bau busuk. Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan. Terkejut melihat mayat kanak-kanak perempuan itu yang berlumuran darah, pengawal keselamatan terbabit segera memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Paka. Menurut Manoharan, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang ditemui dengan kesan darah dipercayai mati dibunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. Ketika ditemui di dalam tandas rumah kosong itu, sekitar mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada. Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Paka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

budak 2 tahun mati dibunuh di dungun

Kira-kira tiga hari lepas seorang wanita yang tinggal di kampung berhampiran tempat kejadian ada membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam. Dikatakan dia hanya meninggalkan anaknya di dalam kereta kira-kira lima minit sebelum mendapati anaknya itu tiada dalam kenderaan tersebut. Menurut sumber, wanita berkenaan juga memaklumkan pernah menerima ugutan daripada seorang lelaki berkaitan dengan masalah hutang. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada mangsa yang mati itu adalah kanak-kanak yang hilang.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

[UPDATE] – Kanak-kanak yang mati dibunuh ini di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka disahkan adalah Nursyafiqah Abdullah, berusia dua tahun. Nursyafiqah dilaporkan hilang  sejak 17 Januari 2014 lalu.

Nursyafiqah Abdullah

Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci  untuk  menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang. Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang. Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.

::AL-FATIHAH::

p/s: Semoga pembunuh kejam itu segera ditangkap…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.