Sepasang suami isteri yang dipercayai bertindak kejam mendera dengan menyimbah air panas terhadap anak lelaki mereka yang berusia enam tahun sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia, dihadapkan ke Mahkamah Ampang, dekat sini hari ini.

Di Mahkamah Majistret, ibu kandung mangsa, Nor Zuliana Tahir, 32, dan bapa tiri, Zuhairy Kassim, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama menganiaya Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy di rumah bernombor 13-3 Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari antara 23 Mei dan 25 Mei lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Ayuni Izzati Sulaiman tidak membenarkan jaminan terhadap Nor Zuliana yang merupakan suri rumah dan pasangannya yang bekerja sebagai pemandu teksi.

simbah anak dengan air panas dera anak

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Nor Zuliana juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kandungnya itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Unaizah Mohd. turut tidak membebaskan wanita itu dengan jaminan. Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam tertuduh untuk mengemukakan hujahan agar anak guam mereka itu dibenarkan diikat jamin, esok.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam Donny Abdullah dan Badrul Munir Mohd. Bukhari. Mahkamah menetapkan sebutan semula kedua-dua pertuduhan itu pada 18 Julai ini.

Akhbar melaporkan mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima adik beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 tengah hari oleh ibunya di rumah mereka. Kanak-kanak malang itu kemudian disahkan meninggal dunia selepas dihantar ibunya ke Hospital Ampang. Kesemua anak mereka kini ditempatkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Utusan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.