Baru sahaja hubungannya dengan Nelydia Senrose kembali pulih akibat salah faham, tiba-tiba sahaja pelakon Qi Razali diberitakan masuk ke hospital. Memetik sumber berita, Qi telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail pada tengah hari Khamis lalu.

Kekasihnya, Nelydia Senrose memaklumkan kepada media, punca Qi dimasukkan ke hospital ialah akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik. Jelasnya, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera.

qi razali masuk hospital

“Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius. Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci,” katanya dipetik mStar Online.

Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan. Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.