KELANTAN BERUBAH ANGIN MAHU UJI PEMAIN CAMEROON PULA SEBAGAI IMPORT KE-4 | Kelantan dikhabarkan telah sah mengikat 3 pemain importnya. Namun kini pemain import keempat masih belum ditentukan. Pastinya KAFA mahukan yang terbaik dari yang terbaik. Namun siapakah gerangannya awang import yang dimahukan KAFA? Setelah Ghadar, Okine, Antwi, KAFA masih memerlukan seorang lagi pemain import untuk slot Piala AFC tahun hadapan.

Albert Baning – Sasaran terbaru KAFA

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, selepas berjaya memburu tiga pemain import, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menguji seorang lagi pemain dari Cameroon, bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi perlawanan musim depan, termasuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang disertai oleh skuad Kijang buat pertama kali. Setakat ini, Kafa mengikat tiga pemain iaitu Muhammed Ghaddar Mahmoud dari Lebanon selaku penyerang dan dua pemain dari Ghana Emannuel Okine (tengah) serta Denny Antwi (penyerang untuk Piala AFC).Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Albert Baning adalah bekas pemain skuad Olimpik 2008 Cameroon yang baru tiba di negara ini dan akan menjalani ujian di bawah jurulatih Peter Butler.

“Sekiranya beliau menepati kriteria, kita akan ikat kontrak dengan pemain itu kerana AFC membenarkan empat pemain import. Kami akan pilih dua pemain import terbaik untuk bermain dalam Liga Malaysia,” katanya.

Mengulas persediaan The Red Warriors dalam saingan musim depan, Annuar berkata pihaknya sudah mengatur perlawanan persahabatan tempatan dan juga antarabangsa. Beliau berkata, antaranya pertemuan dengan Negeri Sembilan (hari ini) dan Perak pada 1 Disember di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 dan 16 Disember dan menentang kelab dari Qatar dan Syria serta pertemuan dengan Terengganu pada 31 Disember.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.