Kelantan Cuti Umum 30 Jun Sempena Final Piala FA 2013 | Ini sudah tentu berita gembira buat peminat bola sepak pasukan Kelantan dan keseluruhannya kepada mereka yang bekerja di Kelantan. Kerajaan Kelantan telah mengumumkan 30 Jun 2013 ini sebagai cuti peristiwa sempena kemaraan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) ke peringkat akhir Piala FA 2013.

Ianya diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas mesyuarat Exco hari ini. Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, cuti berkenan bagi membolehkan para penyokong Kelantan pulang dengan selamat dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

kelantan the red warriors (trw)

Kelantan dan Johor Darul Takzim FC akan berentap di perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA 2013 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun 2013 ini.

p/s: Bagaimana pula dengan Johor Darul Takzim?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.