KELANTAN DALAM KUMPULAN H PIALA AFC 2012 | PROFILE PASUKAN AREMA INDONESIA, NAVIBANK VIETNAM DAN AYEYAWADY MYANMAR | Semua peminat The Red Warriors (TRW) semestinya sudah tahu berkenaan Keputusan Undian Piala AFC 2012. Kelantan yang bakal beraksi kali pertama dalam Piala AFC diundi bersama Arema Indoensia, Navibank Saigon Vietnam dan Ayeyawady Myanmar dalam Kumpulan H. Satu lagi wakil Malaysia Terengganu akan beraksi dalam Kumpulan F.

Disini ammboi nak kongsikan profile pasukan yang bakal menjadi lawan Kelantan (TRW) bermula bulan Mac 2012 ini. Lambat lagi tu, namun apa salahnya jika kita ‘belajar’ sedikit mengenai kemampuan lawan TRW ini. Berikut merupakan profile pasukan yang sekumpulan dengan Kelantan.

AREMA FC (INDONESIA)

Arema FC merupakan sebuah pasukan bola sepak Indonesia yang berpengkalan di Malang, Jawa Timur. Kelab yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1987 ini bermain dalam Liga Super Indonesia (ISL) pada ketika ini. Pada musim 2010, Arema FC telah muncul juara dalam Liga Super Indonesia dan naib juara dalam Piala Indonesia. Kelab ini dibimbing oleh jurulatih dari Republik Czech, Mirozlav Janu. Kelab yang dikenali sebagai “Singo Edan” ini pernah dua kali layak ke Liga Juara-Juara AFC iaitu pada tahun 2006 dan juga 2007. Namun, hanya pada tahun 2007 sahaja mereka menyertai kejohanan itu selepas mereka tidak menyertainya pada tahun 2006 gara-gara kelewatan mereka mendaftar pemain. Pada penyertaan mereka pada musim 2007, mereka sekadar bermain di peringkat kumpulan. Arema FC juga pernah layak menyertai Liga Juara-Juara Kelab Asia pada tahun 1994 dan layak sehingga pusingan kedua.

Pemain Bintang :


Noh Alam Shah (Singapura)
Roman Chmelo (Slovakia)
Kunia Meiga (Indonesia)

NAVIBANK SAIGON (VIETNAM)

Navibank Saigon FC merupakan kelab dari Liga Vietnam yang berpengkalan di bandar Ho Chi Minh. Kelab yang diasaskan pada tahun 2009 ini menamatkan saingan Liga Vietnam di kedudukan tempat ke-8 untuk musim 2011. Walaubagaimanapun, nasib mereka berbeza dalam saingan Piala Vietnam, apabila mereka berjaya muncul sebagai juara dibawah. Kelab ini dilatih oleh jurulatih kelahiran Vietnam, iaitu Pham Cing Loc.

Pemain Bintang :


Francois Endene (Cameroon)
Joseph Ochaya (Uganda)
Phan Van Tai Em (Vietnam)

AYEYAWADY UNITED

Ayeyawady United FC merupakan sebuah kelab dari Myanmar. Kelah yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini berpengkalan di Pathein, Myanmar. Dahulunya kelab ini dekenali sebagai Delta United sebelum ditukar kepada Delta Utdta United pada tahun 2010. Pada tahun 2011, sekali lagi nama kelab ini ditukar dari Delta Utdtd United kepada Ayeyawady United FC. Walaupun tidak banyak info yang dapat kita ketahui mengenai pasukan ini, mereka turut menggunakan khidmat 3 pemain import yang dari Nigeria dan juga Liberia.

Pemain Bintang :


Min Min Thu (Myanmar)
Stanley Ugochukwu Oguama (Nigeria)

SUMBER


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.