Kelantan Kalah 6-1 Kepada Maziya – Tan Sri Annuar Musa Arah Siasat! | Kekalahan besar 6-1, Kelantan kepada Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives sememangnya tidak boleh diterima akal. Bukan sahaja peminat yang bengang, namun pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) juga berasa tidak senang dengan apa yang berlaku.

Terkini, menerusi laman Facebook rasminya, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga menyelar kekalahan berkenaan. Sebelum itu, beliau juga ada menpertikaikan apa taktik yang digunakan oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak apabila ketinggalan 2-1 kepada pasukan lawan.

tan sri annuar musa arah siasat kekalahan besar kelantan kepada maziya

Namun sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KAFA mahupun Tan Sri Annuar Musa. Semoga kemelut prestasi pasukan dengan jolokan The Red Warriors (TRW) ini dapat diselesaikan segera demi arena bola sepak Kelantan.

carta kumpulan g kelantan piala afc 2013

Sehingga kini, Kelantan masih mendahului Kumpulan G dalam Piala AFC 2013 dengan kelebihan 10 mata. Berdasarkan kiraan diatas, Kelantan sudah sah layak ke peringkat seterusnya kerana perlawanan terakhir SHB Da Nang perlu berhitung dengan Maziya SRC dan salah satu daripada mereka sahaja layak untuk mara. Ayeyawady sah sudah tersingkir dari saingan dan akan jadi lawan terakhir Kelantan pada 30 April 2013 ini di Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.