Pembayaran Hadiah dan Insentif Liga Malaysia 2012 | Sebanyak RM5.44 juta hadiah wang tunai dan insentif diserahkan kepada kepada pasukan yang beraksi di Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM 2012 dalam majlis yang berlangsung di Wisma FAM semalam. Ia diberikan mengikut kedudukan carta penuh liga yang sudah tamat baru-baru ini.

Juara Liga Super, Kelantan menerima imbuhan paling tinggi hampir RM1.1 juta, iaitu sebagai juara sebanyak RM750,000 dan insentif RM325,024. Ia diikuti pemenang tempat ketiga Liga Super, Selangor sebanyak RM578,592 (hadiah wang tunai RM300,000 dan insentif RM278,592) dan juara Liga Perdana, Tentera RM460,000 (hadiah wang tunai RM300,000 dan insentif RM160,728).

Walaupun menjadi Naib Juara Liga Super, wakil Singapura, Lions XII menerima hadiah wang tunai RM450,000 kerana insentif hanya diberikan kepada pasukan tempatan. Pasukan tercorot Liga Super, Kuala Lumpur turut menerima insentif RM23,216 manakala pasukan tercorot Liga Perdana, MBJB menerima RM13,394.

Nilai hadiah wang tunai dan insentif akan kekal untuk musim 2014 seperti diputuskan sebelum ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.