Kelantan vs QPR 20 Julai 2012 | Skuad Kelantan dijangka turun dengan barisan terkuatnya malam ini bagi memastikan hajat mereka mahu mengalahkan kelab liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR). Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui walaupun sekadar perlawanan persahabatan, sebagai pasukan yang menguasai kuasa bola sepak negara ini, The Red Warriors akan tetap mempamerkan aksi cemerlang apabila berdepan dengan pemain bertaraf dunia itu.

Pada 17 Julai lalu, QPR membenam Pilihan Sabah 5-0 di Stadium Likas, dan kini bakal berdepan cabaran ‘Pahlawan Merah’ yang pasti menjanjikan pelbagai aksi menarik sepanjang 90 minit perlawanan di Stadium Shah Alam, malam ini. Sementara itu, Hughes mengakui kurang mengenali perkembangan bola sepak negara ini, namun pemainnya teruja untuk beraksi bersama The Red Warriors yang baru saja menjuarai Liga Super baru-baru ini.

Perlawanan Kelantan vs Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai 2012 (malam ini) akan disiarkan secara langsung menerusi dua saluran televisyen, iaitu TV1 dan juga Astro Arena 801. Siaran dijangka bermula pada jam 9.30 malam dan sepak mula dijadualkan bermula pada jam 9.45 malam. (Tonton Online Sini)

Pada pandangan anda adakah Kelantan mampu mengejutkan pasukan QPR atau bagaimana?

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.