Apa kelebihan dan kekurangan Apple iPhone 5 SE? Apple sudah melancarkan model terbarunya iaitu telefon pintar 4-inci yang ‘didakwa’ paling berkuasa di dunia, Apple iPhone 5 SE. Tidak dapat dipastikan apakah sasaran sebenar Apple untuk model terbaru mereka ini.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN APPLE IPHONE 5 SE

Ia sebenarnya dikenali dengan iPhone SE, namun dek kerana bentuk yang sama dengan iPhone 5 dan 5s maka lebih senang kalau ammboi panggil iPhone 5 SE.

Apple iPhone 5 SE seperti yang kita lihat menggunakan rekabentuk yang sama dan ‘memang sama’ dengan rekabentuk iPhone 5 dan iPhone 5s yang mereka pernah lancarkan sekitar September 2012.

Pada pengetahuan ammboi, ia mungkin kerana prestasi penjualan iPhone 6 dan iPhone 6s yang agak mahal menurun, Apple mensasarkan iPhone 5 SE untuk mengembalikan persaingan mereka dalam kategori harga yang lebih  murah.

Namun begitu, Apple menawarkan beberapa kemaskini dan fungsi yang cukup lumayan untuk bakal pengguna iPhone 5 SE dan ia hampir setaraf dengan model iPhone 6 dan 6s.

Apa kelebihan dan ciri-ciri serta fungsi menarik dalam iPhone 5 SE?

  1. Mahukan saiz yang kecil? Apple kembalikan saiz skrin kepada 4-inci dengan resolusi retina 1136×640.
  2. Walaupun kecil, iPhone SE sebenarnya memiliki kuasa yang hampir sama seperti iPhone 6s kerana menggunakan CPU A9 64-bit, bersama pemproses M9.
  3. Sama seperti iPhone 5s, 5 SE turut memiliki pengimbas cap jari di butang Home.
  4. Dalam pada itu, iPhone 5 SE dilengkapi dengan NFC yang boleh digunakan untuk pembayaran melalui Apple Pay.
  5. Paling menarik, iPhone SE memiliki kamera yang sama hebat dengan iPhone 6s. Kamera belakang iSight mempunyai sensor 12MP F2.2, dengan piksel berukuran 1.22mikron. Ia dipadankan dengan Flash True-Tone.
  6. Rakaman video boleh ditetapkan sehingga resolusi 4K 60fps. Malah, rakaman gerak perlahan boleh dibuat dengan tetapan HD Penuh 1080p 120fps, atau HD 720p 240fps.
  7. iPhone SE akan datang siap dengan sistem operasi iOS 9.3 terbaru. iOS 9.3 ini juga boleh dimuat turun oleh peranti iPhone yang lain, bermula hari ini (21 Mac 2016).
  8. iPhone SE memiliki fungsi Retina Flash untuk selfie yang lebih cerah.
  9. Terdapat 4 pilihan warna iPhone SE: Perak, Kelabu Angkasa, Emas dan Emas Ros.
  10. Kapasiti storan pula terdapat dalam 2 saiz, 32GB dan 64GB.
  11. Boleh guna semula sarung atau case lama 5 dan 5s.

Apa pula dengan kekurangan iPhone 5 SE?

  1. Ia sama seperti iPhone 5 dan 5s cuma ditukar kepada SE sahaja.
  2. Rekabentuk yang sama dengan iPhone 5 dan 5s, sudah tentu ia tidak akan berjaya menarik minat pengguna sediada yang menggunakan iPhone 6 dan 6s.
  3. Kamera depan untuk FaceTime, sedikit mengecewakan. Ia hanya boleh menangkap gambar 1.2MP F2.4, serta rakaman video sehingga 720p sahaja.
  4. Bukan semua orang meminati saiz skrin yang kecil. Mungkin ramai akan kurang senang kerana harga yang mahal ‘bapok’ namun hanya menawarkan saiz skrin yang tidak sepadan
  5. Harganya pula sebenarnya masih kekal mahal, kerana yang paling murah pun dijual pada harga AS$399 (RM1,619) namun ia hampir 40 peratus lebih murah berbanding iPhone 6S yang dijual pada harga AS$649 (RM2,633).

Ok, itu yang ammboi dapat info mengenai iPhone SE. Berdasarkan kepada maklumat diatas, kelebihan masih melebihi kekurangan. Jadi, selebihnya terpulang kepada anda.

Untuk keterangan lanjut mengenai iPhone SE anda boleh berkunjung ke Apple Store Malaysia. Anda juga boleh dapatkan disini maklumat mengenai kemaskini IOS 9.3.

Nota: Bagi iOS 9.3, fungsi terbaru seperti yang sedia maklum ialah Siri berbahasa Melayu, fungsi Night Shift, fungsi kunci nota pada Notes menggunakan passcode/touch id, shortcut baru untuk 3D Touch, menyokong sambungan beberapa Apple Watch dan sebagainya. Bagi yang nak update iOS 9.3, pastikan update menggunakan fresh restore pada itunes dan bukan menggunakan OTA. Oh ya, idevice 32bit tak ada fungsi Night Shift, hanya untuk idevice 64bit sahaja. Tak lupa, yang nak jailbreak disarankan dengan update dahulu iOS 9.3. Tunggu sehingga keluar jailbreak baru update. – AppleUser My

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN APPLE IPHONE 5 SE 2 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN APPLE IPHONE 5 SE 3

Untuk info, Apple iPhone ‘5’ SE dijangka akan tiba di pasaran Singapura, pada 23 Mac 2016. Dalam pada itu, lebih 110 negara lain akan menerima iPhone SE selewat-lewatnya hujung Mei 2016.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.