Keluarga Aliff Aziz Datang Merisik Anne Ngasri? | Ada pihak yang menghebahkan mengenai cerita keluarga Aliff Aziz yang telah merisik Anne Angasri. Namun cerita sensasi berkenaan disangkal oleh keluarga Anne yang telah menjelaskan perkara sebenarnya dalam sebuah portal hiburan gua.com.my.

“Sebenarnya tidak ada sebarang komunikasi di antara pihak keluarga saya dengan pihak keluarga Aliff. Jika kami sekeluarga ke Singapura sekali pun, bukan kerana hendak berbincang soal perkahwinan Anne dan Aliff. Sebaliknya, kami memang selalu bercuti ke negara jiran itu kerana ramai kenalan di sana, termasuklah keluarga Aliff. Bagi saya, kalau Anne dan Aliff hendak bercerita kepada umum, biarlah selepas berbincang dengan keluarga. Sehingga kini, Anne tidak pernah cerita apa-apa pun kepada kami,” ulas Darling Ngasri berhubung desas-desus yang mengatakan adiknya akan melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi remaja dari Singapura itu.

Dalam masa yang sama, Darling tanpa berselindung mengakui dia beranggapan masih terlalu awal untuk Anne dan Aliff memikirkan soal perkahwinan.

“Sebaiknya, ambil masa yang secukupnya untuk mengenali hati-budi masing-masing. Masih terlalu awal untuk fikir soal kahwin. Rasanya, lebih baik mereka berkawan sahaja. Anne pun sebenarnya ada berkawan dengan orang lain. Mungkin dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Bagaimanapun, saya tidak menghalang jika itu sudah jodoh mereka. Saya menerimanya dengan hati terbuka. Cuma saya mahu mereka beri ruang pada diri masing-masing dan jangan terburu-buru buat keputusan,” ulas Darling lagi.

Anne Ngasri dan Aliff Aziz mula hangat digosipkan bercinta bermula awal tahun lalu. Pada awalnya masing-masing menafikan perkara ini, namun akhirnya Anne dan Aliff mengakui selesa berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Jelas Anne, dia tidak kisah dengan perbezaan umur mereka kerana dia menyenangi peribadi penyanyi itu. Dalam masa yang sama, Anne juga mengakui Aliff rapat dan selesa dengan anak-anak dan keluarganya.

Sementara Aliff terus-terang memberitahu dia mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Tambahnya lagi, dia mempelajari banyak perkara semenjak menjadi rapat dengan Anne. Bagi Aliff, Anne seorang mengambil berat dan sentiasa berfikiran positif.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.