Alamak, masih lagi dengan kontroversi putus cinta antara Johan As’ari dan Lana Nordin. Jangan ada yang marah sudah. Berdasarkan sumber berita hari ini, isu putus cinta Johan dan Lana menjadi semakin berbelit-belit. Kerana sebelum ini, Johan memberitahu keluarga (sudah semestinya ibubapa) tidak merestui hubungannya dengan Lana. Namun menerusi akhbar Berita Harian hari ini, kakak kepada Johan menafikannya.

Kata kakak Johan menerusi laporan berkenaan, keluarga tidak menghalang hubungan Johan dan Lana. Paling penting, Johan tidak pernah berbincang atau memperkenalkan Lana sepanjang sebulan bercinta. Mereka juga terkejut kerana begitu cepat Johan memberitahu mahu melamar Lana.

johan asari dan lana nordin

“Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan. Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.” – Kakak Johan As’ari.

Habis tu bagaimana dengan kenyataan Johan sebelum ini? Adakah ia hanya sandiwara Johan As’ari semata? Jika benar maka tidak hairanlah sekiranya ramai mempersoalkan kejujuran Johan yang seolah-olah suka mempermainkan perasaan wanita. Bagaimanapun menerusi satu lagi kenyataan Johan ada meminta peminatnya memberi peluang kedua kepadanya kerana dia masih lagi belajar dan berharap apa yang berlaku jadi pengalaman hidup buatnya.

“Saya harap peminat memberi peluang kedua kerana saya masih belajar, apa yang berlaku ini menjadi pengalaman hidup buat saya.”-  Johan As’ari


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.