Biasanya kalau kita kemalangan memang trauma dan akan bersedih la. Kalau tak cedera atau sakit pun mesti sedih sebab kenderaan kita rosak. Namun lain pula yang berlaku kepada pelawak, Rahim. Kemalangan yang membabitkan dia dan Jep Sepahtu menjadi bahan gurauan dalam kalangan beberapa rakan pelawak.

Memetik laporan myMetro, Rahim atau nama sebenar Rahim Mat Ali, 43, berkata, gurauan itu timbul kerana kemalangan itu berlaku dalam keadaan melucukan.

jep dan rahim sepahtu kemalangan

“Patutnya bila benda ini (kemalangan) terjadi kita kena sedih, tapi ia jadi gurauan dan bahan jenaka dalam kalangan kawan pula. Ia jadi lawak sebab saya melanggar belakang kereta seorang kawan yang menolong saya menunjukkan jalan keluar pulang ke rumah. Tindakan saya itu dipersendakan kawan pelawak seolah-olah tidak berterima kasih dengan pertolongan kawan yang tunjukkan jalan itu,” katanya.

Pada insiden sekitar jam 2.30 pagi kelmarin di kawasan Putrajaya, kereta Proton Exora dipandu Rahim merempuh kereta rakannya dari arah belakang kerana tidak sempat menekan brek di lampu isyarat. Kejadian berlaku ketika Rahim yang memandu sendirian selepas bermain sepak takraw di rumah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi di Bangi.

p/s: Mungkin Jep yang nak tunjukkan jalan kepada Rahim…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.