Kembali Menjalin Hubungan Dengan Fizz Fairuz, Almy Nadia Enggan Komen | Seperti yang kita semua tahu, Fizz Fairuz sebelum ini telah memutuskan hubungan percintaan selama bertahun lamanya dengan Almy Nadia. Kemudian Fizz telah bertunang dengan wanita lain pada 10 Februari lalu.

Namun sesuatu yang tidak dijangka melanda ikatan pertunangan Fizz Fairuz dan wanita berkenaan. Akhirnya pertunangannya itu hanya bertahan selama seminggu sahaja selepas mendapati tunangnya itu isteri kepada seorang usahwan berusia 40-an.

Menurut laporan terkini, Fizz Fairuz mendedahkan dia kini kembali berbaik semula dengan Almy Nadia. Namun  bukan sebagai kekasih, cuma sebagai kawan rapat demi memulihkan luka yang melanda keluarga dan Almy sendiri.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bagaimanapun, Almy Nadia tidak mahu memberi sebarang komen kepada kenyataan berkenaan dan dia menjelaskan kini lebih selesa untuk berdiam diri daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Fizz Fairuz.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini. Cukuplah kerana saya tidak mahu memberikan sebarang komen. Saya rasa berdiam merupakan jalan yang terbaik buat diri saya,” katanya dipetik dari laporan murai.com.my.

p/s: Ok la tu. Berdiam diri lebih baik dari kenyatan yang dikeluarkan diputar-belitkan. Semoga hubungan yang terjalin kekal selamanya dengan sebaiknya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.