Antabax Lancar Kempen ‘Cuti Merdeka, Tangan Bersih, Hidup Sihat Bersama Antabax’ | Johor Bahru, Ogos 29, 2012 – Setelah berita kemunculan kembali kebimbangan wabak influenza A(H1N1), rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengamalkan teknik-teknik membasuh tangan yang betul sebagai satu langkah mengurangkan risiko jangkitan penyakit tersebut kepada diri mereka, kaum keluarga dan juga masyarakat secara umumnya.

Antabax, jenama produk antibakteria penjagaan kebersihan diri yang meliputi mandian badan dan produk kebersihan tangan yang dipercayai dan berinovatif , memberikan perlindungan selama 24 jam yang dapat membasmi 99.9% kuman secara efektif, melancarkan kempen ‘Cuti Merdeka, Tangan Bersih, Hidup Sihat Bersama Antabax’ ke seluruh negara dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat berkenaan kebersihan diri sendiri terutamanya tangan menjelang cuti panjang sempenan Sambutan Kemerdekaan Kebangsaan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (5), hari ini.

Kempen ini telah disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia akan berjalan sepanjang bulan September ke semua sekolah seluruh Negara yang mempunyai Kelab Doktor Muda. Sekolah-sekolah ini akan dibekalkan kit penjagaan antibakteria Antabax dan para pelajar akan dilatih mengenai teknik yang betul dalam membasuh tangan dan kebersihan diri dalam usaha mencegah penyebaran penyakit berjangkit.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk, Bahagian Pemasaran, Isirumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon , Cik Angeline Sim, Johor Bahru adalah tempat yang paling ideal untuk memulakan kempen ini kerana ianya terletak berhampiran dengan sempadan yang mana ramai pelancong dan orang ramai akan melintasi sempadan negara masing-masing.

“Menjelang cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara, rakyat Malaysia dan Singapura akan bertambah dalam perjalanan domestik dan antarabangsa melintasi sempadan negara masing-masing. Kami ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa kebersihan diri dan tangan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit berjangkit seperti influenza A(H1N1),” Cik Sim berkata.

Menurut laporan berita yang sebelum ini, negara kita telah melaporkan kes kematian berkait dengan A(H1N1) dengan si mati telah berkunjung ke Singapura dan pulang sebelum kematian.

“Pihak Antabax sentiasa menjadi tonggak hadapan dalam mendidik berkenaan pencegahan penyakit berjangkit sejak tahun 2009 apabila wabak influenza A(H1N1) mula dilaporkan. Antabax juga berkerjasama secara proaktif bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pelbagai inisiatif pendidikan termasuklah bulan Penjagaan Tangan 1Malaysia, Kempen Antabax Bersama Cegah HFMD bagi Malaysia Timur dan banyak lagi.” Terang Cik Sim.

Kelab Doktor Muda representatives demonstrate the correct steps of hand hygiene that they have learned to the children of Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (5) along with Antabax Germbuster

Kempen ini dengan kerjasama dari Kelab Doktor Muda yang menyaksikan duta Doktor Muda akan mengambil peranan mendidik rakan pelajar mereka dalam kebersihan diri sendiri.

“Kami telah berkerjasama dengan Kelab Doktor Muda bermula pada awal tahun ini kerana kami mendapati mesej berkenaan dengan kebersihan akan lebih mudah disampaikan melalui para pelajar. Apabila para pelajar pulang ke rumah mereka, mereka akan berkongsi apa yang mereka pelajari seperti kebersihan tangan dan diri dengan ibubapa mereka, adik beradik dan kawan-kawan mereka. Dan disini kami dapat lihat mesej mudah merebak.” Hurai Cik Sim.

Puan Dahliah (blue uniform) from Klinik Kesihatan Masai showing the proper 7 steps of hand washing to students

Pada majlis pelancaran tersebut, Antabax mengadakan satu seminar kebersihan dalam meningkatkan kesedaran berkenaan pencegahan penyakit berjangkit termasuklah demonstrasi 7 langkah dalam teknik membasuh tangan yang betul dan 4 langkah membersihkan tangan kepada para pelajar.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.