Kempen Mempromosi Minuman Keras Secara Langsung Atau Tidak langsung Adalah Haram – Dr. Asri | Ini merupakan kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan bekas Mufti Perlis berkenaan kontroversi penglibatan artis beragama Islam dalam acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September 2012 ini di Souled Out, Mont Kiara.

Dr Mohd Asri yang juga merupakan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia turut memuji penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura yang telah menarik diri daripada acara berkenaan. “saya ucapkan tahniah kepada Ning. Ini adalah sikap yang baik,” katanya.

“Sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram.” katanya yang mengulas mengenai pembabitan artis beragama Islam yang terlibat dalam persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras terkemuka itu. Selain itu, Asri menyeru semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.

“Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan,” katanya  turut mengulas mengenai seorang lagi penyanyi yang terlibat dalam konsert itu, Mizz Nina, beliau percaya Mizz Nina sebagai seorang Muslim, unsur baik ada dalam dirinya dan berharap Mizz Nina juga menarik diri.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.