Sebelum ini, penyanyi Alyah telah bertindak menutup akaun sosial Twitter miliknya. Info terbaru, Alyah bakal menutup akaun Instagram-nya pula. Kenapa Alyah mahu menutup semua laman sosial miliknya? Adakah Alyah sudah bosan melayan karenah peminatnya? Atau Alyah sudah tidak mahu lagi berkongsi gambar atau perkembangan semasa dirinya lagi? Atau ada sesiapa yang menghalang Alyah untuk terus berhubung dengan peminat?

Rasanya semua persoalan diatas sudah tentu sedang bermain di minda peminat Alyah. Namun demkian, ianya langsung tidak tepat. Bagi Alyah, tujuannya menutup akaun Instagram-nya itu adalah kerana dia ingin memfokuskan diri buat sementara waktu dalam karier seninya. Album barunya bakal dikeluarkannya tidak lama lagi dan disebabkan itulah dia tidak mahu terus leka berdamping dengan akaun-akaun sosial media.

gambar alyah bertudung

“Sebelum ini saya telah menutup akaun Twitter dan tidak lama lagi saya bakal pula menutup akaun Instagram. Penutupan akaun Instagram ini bukannya bermaksud saya tidak menghargai peminat namun saya lebih suka apabila semua benda-benda seperti itu tiada dengan saya. Saya ingin fokus dengan album saya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan disebabkan itulah saya ingin menutup akaun Instagram buat sementara waktu ini. Bagi saya mereka semua faham dengan keputusan saya dan album yang bakal dikeluarkan ini merupakan hadiah buat mereka yang telah banyak membantu serta menyokong saya dari awal hinggalah ke hari ini. Sekiranya saya mempunyai akaun-akaun seperti Twitter, Instagram dan seumpamanya, saya akan leka bermain dan seterusnya akan menyebabkan saya hilang fokus terhadap tujuan kerja saya yang sebenar,” jelasnya yang anggun dengan penampilan barunya berhijab.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.