Kenapa Cristiano Ronaldo Sanggup Bantu Palestine? | Cristiano Ronaldo antara pemain paling dibenci oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Helahnya sering menyakitkan hati pemain dan penyokong pasukan lawan. Namun, beliau juga antara pemain paling ramai peminat. Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo juga adalah antara pemain yang pemurah. Beliau yang prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestine selama ini, bersama rakan-rakannya di Real Madrid telah berusaha untuk membantu dengan menderma sejumlah wang besar terhadap kanak-kanak di negara itu.

Usaha Cristiano Ronaldo yang cukup murni ini telah dimulakan sejak tahu lalu lagi, malah pemain sayap kanan Real Madrid itu juga telah mendermakan kasut emas yang dimenanginya itu kepada Palestine. Namun, tentu ada yang tertanya-tanya mengapa Cristiano Ronaldo begitu beriya-iya membantu Palestine? Jawapannya, dia percaya bahawa Palestine harus mendapatkan hak kebebasanya sendiri sebagai sebuah negara.

Seperkara lagi, dia benci melihat kanak-kanak di Palestine terpaksa melalui keadaan yang sama seperti apa yang dilaluinya bersama keluarganya sebelum dia berjaya menjadi antara pemain bolas sepak yang menerima bayaran tertinggi di dalam bidang sukan ini. Yang mana, dia dan keluarga terpaksa hidup di dalam kemiskinan. Walaupun tidak pernah melalui suasana peperangan, namun kehidupan Cristiano Ronaldo dan keluarganya pada masa itu memang sangat daif. Jadi, disebabkan itu, dia mahu melihat kanak-kanak Palestine ini hidup dalam suasana yang lebih baik serta bebas.

Setakat ini, banyak yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo termasuklah melelong kasut-kasut sukan yang didermakan kepada Yayasan Real Madrid yang sememangnya ditubuhkan untuk mengutip dana bagi membantu membina sekolah-sekolah di tebing Gaza. Menariknya, hasil daripada yang dikutip itu, Yayasan Real Badrid bercadang untuk membina 8 buah sekolah di wilayah Palestine yang mana ia akan dibiayai yayasan ini sepenuhnya. (Sumber murai.com.my)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.