Kenapa Sorok Berita Hamil? – Ini Penjelasan Yasmin Hani | Bila dah jadi selebriti, maknanya segala yang berkaitan dengan kehidupan anda menjadi perhatian atau ‘hak’ peminat untuk mengetahuinya. Jika tidak, pelbagai spekulasi dan pandangan negatif akan timbul mengenai diri anda. Begitu juga yang berlaku pada pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang sebelum ini merahsiakan tentang kehamilannya itu.

Yasmin Hani sebelum ini pernah menafikan pertanyaan pihak media pernah yang cuba mendapatkan kesahihan berita mengenai isu dirinya hamil. Sedangkan selepas itu menerusi lama Instagram miliknya, dia sendiri berkongsi berita gembira tersebut dengan mengumumkannya yang dirinya sedang hamil 16 minggu. Kenapa perlu sorokkan kepada media? Itu yang menjadi tanda tanya…

yasmin hani dan shahrin

Namun menerusi laporan Kosmo!, Yasmin Hani atau nama penuhnya Yasmin Hani Richardson, 34, menjelaskan dia ada sebab kenapa sebelum ini dia merahsiakan tentang kehamilannya. Jelasnya dalam laporan itu, pada peringkat awal dia masih bimbang mengenai keadaaan kandungannya.

“Sebelum kandungan saya ini mencecah usia empat bulan, saya bimbang ia tidak kuat dan berlaku sesuatu di luar jangkaan. Namun setelah usia kandungan mencecah empat bulan, baru saya berasa yakin untuk mengumumkannya ke pada pihak luar tentang kehamilan saya ini. Semua itu bukan semata-mata atas kehendak saya, malah ekoran nasihat daripada suami dan ibu saya sendiri. Saya berharap mereka di luar sana faham kenapa saya merahsiakan berita gembira ini,” katanya.

Yasmin Hani turut berkata, dia dijadualkan melahirkan anak sulungnya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 November depan, kata Hani, ikut perancangan dia mahu berpantang di rumah sendiri mengikut tradisi Melayu. Mengenai jantina anak, Hani tidak kisah bayi lelaki atau perempuan. Janji bayinya itu sihat dan dia juga suaminya, bekas anggota kumpulan Blackrose, Shahrin, tetap akan menyayangi anak mereka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.