Sebelum ini, pelakon Kamal Adli pernah melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (siaran TV9) yang mahu menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan tersebut. Jelasnya dalam satu laporan berita, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.

“Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan. Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang penyingkiran saya,” jelasnya dipetik dari mStar Online.

kamal adli dan miera liyana hip tv

Dalam perkembangan sama, Kamal berkata, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu. Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon Miera Leyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai pengacara dan beliau berharap akan ada peluang mengacarakan rancangan lain pula selain fokus pada bidang lakonan.

Sementara itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu. Jelas Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program itu.

“Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan kepada program itu. Pada pandangan saya, Kamal seorang pengacara yang sesuai untuk program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ. Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya,” kata beliau juga dalam mStar Online.

Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan Aidit Marcello dan Hunny Madu sebagai pengacara.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.