Nampaknya, kontroversi di antara selebriti cantik, Wardina dan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, tidak terus dijadikan topik hangat. Walaupun pada awalnya, perkara ini mendapat kritikan dan cemuhan daripada pelbagai latar masyarakat Islam, namun Wardina dilihat sangat tenang dalam menanganinya.

Memetik laporan Sinar Harian, menerusi laman sosial Facebook milik Wardina, dia memberitahu bahawa telah berhubung dengan Ustaz Don menerusi talian mengenai perkara itu. Malah, dalam perbualan itu, Ustaz Don juga dikatakan telah menafikan kenyataan balas di akhbar tempatan mengenai isu berkenaan.

wardina dan ustaz don daniyal

“Just got off the phone with Ustaz Don. Uztaz Don kata dia tidak ada memberi apa pun kenyataan balas. Segala kenyataan balas tidak benar. Khair Insya-ALLAH. Ada hikmah semua ini seperti kata ramai ustaz dan ustazah kepada saya. Thank you for the support. Will meet up Monday. Alhamdulillah. Kita tak tahu rancangan ALLAH… ALLAH sebaik-baik perancang,” tulisnya lagi.

Selain itu, Wardina juga dilihat sangat terbuka dalam memberi respons kepada pengikut di laman sosialnya mengenai perkara ini. Malah, beberapa saranan juga turut dibalas dengan reaksi positif tanpa menggores mana-mana hati peminat.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Don tidak dapat diperoleh kerana beliau kini dikhabarkan berada di luar negara, memenuhi tuntutan kerja.

p/s: Habis tu, kenyataan dalam bentuk video tu siapa yang beri…? Baca disini: (VIDEO) USTAZ DON JAWAB TEGURAN WARDINA – VIDEO DIEDIT UNTUK TUJUAN PROPAGANDA?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.