Siapa yang tidak kecewa apabila hasil karya mereka telah diciplak dan telah terdedah lebih awal dari perancangan asal. Sudah tentu mereka akan menanggung rugi akibat ‘bencana’ itu. Begitulah yang dilalui oleh pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof ekoran tersebarnya filem KL Gangster 2 di internet sejak semalam.

kl-gangster-3

Oleh itu, Syamsul Yusof telah mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran melalui laman Facebook miliknya memberi peringatan kepada individu yang memuat naik filem itu tanpa kebenaran. Pihaknya akan berusaha keras untuk mengesan mereka yang terlibat. Menurut Syamsul lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab.

kenyataan syamsul yusof facebook kl gangster 2

Untuk info, kos pembikinan filem KL Gangster 2 adalah RM4.5 juta dan sepatutnya akan mula ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.