Kelantan menerima kunjungan Pahang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dalam aksi Liga Super 2013. Kelantan yang memerlukan kemenangan dalam misi kedudukan terbaik dalam liga juga perlu ‘menyimpan tenaga’ utnuk aksi perlawanan akhir Piala FA pada 29 Jun 2013 ini.

Keputusan Penuh Kelantan vs Pahang 25 Jun 2013

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

KELANTAN     2   VS   0     PAHANG

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Analisa Separuh Masa Pertama:

Pada babak pertama, kawalan bola antara kedua-dua pasukan seimbang, namun Kelantan memeiliki lebih banyak peluang untuk menghasilkan jaringan. Namun barisan serangan Kelantan gagal mendapatkan gol yang dcari termasuklah kegagalan Obinna Nwaneri menyempurnakan sepakan penalti apabila Fakri Saarani dijatuhkan. Sehinggalah Kapten Kelantan, Badhri Radzi merembat kencang menewaskan penjaga gol Pahang untuk gol pertama Kelantan pada minit ke 46.

Analisa Separuh Masa Kedua:

Bersambung babak kedua. Kelantan nampaknya cuba meneruskan penguasaan. Beberapa peluang lagi terhidang namun tetap mengecewakan. Akhirnya gol kedua terhasil menerusi percubaan Zamri Ramli pada minit 56. Selain Norfarhan, Faiz Subri dan Fakri Saarani juga gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol. Baki permainan, Kelantan membuat pertukaran dengan memasukan Dickson Nwakaeme, Zairo Anuar dan Indra Putra Mahyuddin.

Piya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Astro Arena 801. Tahniah

VIDEO GOL KELANTAN VS PAHANG 25 JUN 2013

 

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.