Skuad bimbingan Arsene Wenger berjaya meneruskan cabaran untuk merebut slot 4 teratas liga apabila berjaya mengalahkan Newcastle United, 2-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi. Arsenal yang dilihat bergelut pada awal musim kini semakin hampir untuk mengejar Tottenham yang menghuni tangga ketiga.

Newcastle yang membuka tirai jaringan pada minit ke 14 menerusi Hatem Ben Arfa namun Arsenal berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang sensasi mereka, Robin van Persie apabila menerima hantara cantik dari Walcott. Kedudukan nampak seolah-olah kedua-dua pasukan bakal berkongsi mata apabila perlawanan kini di masa kecederaan. Namun Vermaelen berjaya menyempurnakan peluang hasil gerakan A.Song untuk memberikan 3 mata berharga buat The Gunners!.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.