Keputusan JKPT FAM Berhubung Final Piala FA 29 Jun 2013 | Perlawanan akhir Piala FA 2013 akan dilangsungkan pada 29 Jun ini. Pada sesi mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mereka telah memutuskan beberapa perkara sebagaimana dibawah. Ianya seperti harga dan pengagihan tiket dan info mengenai perlawanan berkenaan.

Antara Keputusan JKPT FAM Berhubung Final Piala FA 29 Jun 2013 Adalah:

harga tiket final piala fa 2013

  1. Perlawanan akhir Piala FA 2013 akan dilangsungkan pada 29 Jun 2013 pada jam 8:45 malam
  2. Venue pertandingan adalah Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
  3. Harga tiket adalah RM40.00 (dewasa) dan RM5.00 (kanak-kanak)
  4. Tempat meletak kenderaan bagi penyokong Kelantan adalah di kawasan LRT stesyen iaitu parking A dan B.
  5. Tempat meletak kenderaan bagi penyokong Johor Darul Takzim (JDT) adalah di parking E dan Taman Teknologi Malaysia (TPM)
  6. Pasukan Kelantan secara teknikalnya adalah pasukan tuan rumah.
  7. Jumlah tiket yang akan di agihkan kepada setiap pasukan adalah 60,000 (30K untuk Kelantan dan 30K untuk Johor DT)
  8. Baki tiket akan di jual di SNBJ bermula pada 28 Jun 2013 (Jumaat) dan dihadkan kepada 4 keping tiket sahaja bagi setiap pembeli.
  9. Tiket akan diserahkan kepada setiap pasukan pada 24 Jun 2013 dan akan dijual oleh persatuan masing-masing pada 25 Jun 2013.
  10. Latihan pasukan (penyesuaian padang oleh pasukan) bagi pasukan Kelantan adalah pada 28 Jun pada jam 6:00 – 6:45 petang.
  11. Penyokong kedua-dua pasukan akan mula dibenarkan masuk ke dalam stadium bermula Jam 4:00 petang pada hari perlawanan.
  12. Penyokong Kelantan akan memasuki stadium melalui Pintu Merah dan Kuning serta sebahagian Pintu Hijau.
  13. Hadiah sebanyak RM1,000 kepada para penyokong mana-mana pasukan yang BERJAYA menangkap dan menyerahkan individu tersebut kepada pihak
  14. Polis yang melakukan perbuatan membaling objek dan kesalahan lain.
  15. 100 orang marshal akan diletakkan oleh setiap pasukan dikalangan penyokong masing-masing.

Diatas adalah sebahagian info berkenaan Final Piala FA 2013 dan diharapkan penyokong kedua-dua pasukan menghormati keputusan dan peraturan yang telah ditetapkan. Diharapkan perlawanan akhir ini diadakan dengan penuh semangat kesukanan dan tiada apa-apa masalah yang sengaja ditimbulkan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.