Skuad muda Malaysia (Malaysia U22/Bawah 22) menang dengan agregat 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Qatar U22 menerusi hasil sepakan percuma kapten, Irfan Fazail pada minit ke-26 sebelum pemain gantian, Md. Rozaimi Abd Rahman menjamin kemenangan bergaya tuan rumah minit ke-68.

Sementara itu, kemenangan skuad negara dibayangi oleh insiden kad merah yang dilayangkan kepada pemain Harimau Muda yang sedang meningkat naik, Muhammad Nazmi Faiz Mansor kerana menumbuk pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla pada penghujung babak pertama.

Nazmi dipercayai berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Abdelkarim yang turut menerima kad merah selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain negara, Mohd. Azrif Nasrulhaq dan beliau turut dilayangkan kad merah oleh pengadil, Nagoor Amir Noor Mohamed.

Ong Kim Swee berkata, Muhammad Nazmi perlu lebih matang dan tenang mengawal perasaan jika mahu berjaya sebagai pemain bola sepak dan beliau percaya Nazmi sudah tentu peroleh pengajaran selepas insiden semalam. Dalam pada itu, Nazmi semasa ditemui memohon maaf kepada semua peminat akibat tindakannya itu. Menurutnya, dia yakin konsentrasinya tidak terjejas dengan insiden tersebut. Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.

KLIK SINI —>> VIDEO GOL HARIMAU MUDAVS QATAR (B22) 17 JUN 2012


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.