Keputusan Penuh Anugerah Skrin (ASK) 2012 | Anugerah Skrin 2012 berlangsung dengan lancar semalam dan senarai penuh pemenang telahpun diumumkan. Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim. Lakonan berkesan sebagai Izzah dalam Ombak Rindu telah membawa tuah apabila Maya Karin dipilih sebagai Pelakon Filem Terbaik Filem tahun ini.

Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bondadiangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012). Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama yang dimenenangi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Ruminah Sidek membawa pulang anugerah tersebut menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa. Manakala bagi kategori lelaki, ASK 2012 menobatkan pelakon Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Parit Jawa. ASK 2012 turut menganugerahkan Anugerah Yasmin Ahmad kepada pelakon dan pengarah, Pierre Andre manakala pelakon cilik, Puteri Balqis menerima Anugerah Artis Harapan Pantene.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012

1. Kategori Filem

Filem Terbaik: Bunohan.

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap)

Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)

Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)

Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd.

Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)

Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd)

3. Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special.

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26.

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan.

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 – Bom Jangka.

Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre

Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.