Sebelum ini ammboi ada berikan keputusan Malaysia Leopards kalahkan Singapura, 3-0. Kini skuad senior pula Malaysia Tigers mudah mengalahkan Filipina, 3-0. Pasukan Malaysia Tigers melepasi halangan pertama peringkat kumpulan apabila menewaskan Filipina 3-0 pada Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras.

Perseorangan pertama negara Muhammad Hafiz Hashim nyata bukan saingan pemain import Filipina, Marc Zwiebler dari Jerman, apabila juara All England 2003 itu menang mudah 21-9, 21-6 dalam masa kurang 30 minit. Beregu Goh V.Shem/Lim Khim Wah pula terpaksa bermain tiga set sebelum menundukkan Paul Jefferson Vivas/Ronel Estanislao 16-21, 21-11, 21-8.

Kemenangan Malaysia disahkan perseorangan kedua negara Mohd Arif Abdul Latif yang menewaskan Antonio Benjamin Gadi 21-14, 21-16. Sebelum itu, pasukan pelapis Indonesia, Indonesia Rajawali menundukkan Thailand 3-0. Malaysia Tigers dijadual bertemu Thailand Sabtu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.