Selangor berjaya mengutip 3 mata penuh setelah berjaya mengalahkan ATM dengan keputusan 2-1. Malang menimpa pasukan ATM apabila Marlon Alex James dibuang padang pada minit ke-35 selepas dilayangkan kad kuning kedua. Selangor pula berjaya mendapatkan gol pertama lima minit kemudian hasil jaringan Amri Yahyah.

Walaubagaimanapun, ATM berjaya menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat apabila Bruno Martelotto merembat sepakan penalti dan kelihatannya kedua-dua pasukan akan berkongsi mata. Masuk ke masa kecederaan, Shukor Adan mengasari Amri di luar kotak penalti dan telah memberi peluang kepada K.Gurusamy untuk menjaringkan sepakan percuma sekaligus mengutip tiga mata untuk Red Giants.

sel-atm-21jun2013

Saksikan video jaringan gol Selangor vs ATM 21 Jun 2013 dibawah:

VIDEO GOL SELANGOR VS ATM (2-1) 21 JUN 2013

Sumber berita ~ FoxSports / Video ~ Sokernet

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.